Cara Membuat Invois Dan Quotation

You are here:
Jangka waktu membaca: 2 min
In this article

Pada Menu anda boleh pilih butang +Add Sale (Jika anda hidupkan module shortcut Add Sale) atau anda boleh pilih All Sale pada menu dan pilih +Add

  1. Customer : Pilih customer. Jika customer walk-in dan anda tidak tidak mahu merekod data pelanggan anda boleh pilih Walk-In Customer. Jika anda ingin rekod data pelanggan baru. Anda boleh pilih butang +. Jika pelanggan anda sudah ada dalam rekod sebelum ini anda boleh search nama pelanggan anda.
  2. Pay term : Jika pembelian pelanggan adalah secara hutang dari segi harian atau bulanan anda boleh isi ruangan Pay term. Biarkan kosong jika pelanggan anda tidak beli secara hutang.
  3. Sale Date : Anda boleh pilih tarikh dan masa invois/quotation jika ada perubahan tarikh dan masa.
  4. Status : Sila pilih samada status adalah Final, Draft dan Quotation.
    • Final : Jika jualan sudah disahkan terjadi anda boleh pilih Final. Invois ini akan termasuk dalam report jualan dan di dalam senarai All Sale.
    • Draft : Anda boleh pilih draft jika jualan masih dalam proses dan belum close sale lagi. Invois ini tidak dimasukkan dalam report sales dan dimasukkan dalam List Drafts.
    • Quotation : Pilih quotation jika pelanggan ingin meminta sebutharga. Ini akan dimasukkan dalam senarai List Quotations.
  5. Invoice scheme : Anda boleh memilih template rupa bentuk invoice/quotation anda. Sila KLIK DI SINI untuk tutorial cara membuat template invoice/quotation.
  1. Masukkan produk/servis anda dengan search nama, SKU menggunakan bar code scanner.
  2. Pilih + jika produk/servis anda tidak ada dalam senarai. Dengan memilih butang + anda boleh menambah produk/servis yang baru.
  3. Senarai produk anda yang telah dimasukkan. Jika anda klik pada nama produk/servis anda, anda boleh ubah harga, diskaun dan tambah infomasi pada setiap produk.
  4. Pilih Quantity pada setiap produk

Jika anda klik pada nama produk/servis anda, akan popup seperti gambar di bawah.

  1. Anda boleh ubah harga produk/servis anda.
  2. Jika anda ingin memberi diskaun pada setiap produk/servis anda.
  3. Info tambahan bagi setiap produk contoh seperti IMEI, Serial number dan info-info tambahan yang lain.
  1. Masukkan diskaun jika anda ingin beri diskaun pada keseluruhan jumlah produk/servis anda.
  2. Jika produk/servis anda ingin mengenakan cukai. Anda boleh pilih jika anda sudah membuat tetapan bagi cukai.
  3. Jika produk anda perlu di pos/courier anda boleh isi maklumat penghantaran pada bahagian ini. Bagi Shipping Status anda boleh update dari masa ke semasa status penghantaran ke pelanggan anda dengan memilih Sell > Shipments pada Menu.
  4. Masukkan sebarang nota jika ada sebarang nota perlu direkod bagi jualan ini.
  1. Masukkan jumlah bayaran pelanggan anda. Untuk quotation dan draft anda boleh isi RM0. Jika pelanggan anda tidak bayar penuh, anda boleh tambah bayaran kemudian setelah pelanggan anda telah membuat bayaran.
  2. Pilih jenis bayaran contoh seperti cash, card, cheque, bank transfer dan lain-lain.
  3. Pilih akaun mana pembayaran telah di buat. Jika belum membuat senarai akaun anda, sila KLIK DI SINI untuk tutorial cara membuat senarai akaun.

Selepas anda isi kesemua maklumat invois/quotation, anda boleh Save atau Save and Print.

Video

Adakah artikel ini membantu anda?
Tidak 1 0 of 1 didapati artikel ini sangat membantu.
Views: 2114
Need Help? Chat with us