
KAMI MEMAHAMI PERNIAGAAN ANDA DARIPADA ORANG LAIN
UsahaOne @ SifuApps.Biz Khas Untuk Niagawan
Uruskan perniagaan dengan lebih teratur tidak kira di mana anda berada. Dapatkan percubaan PERCUMA selama 7 hari.
POS System
Kemudahan sistem barcode pada kaunter perniagaan anda.
Invoice / Quotation
Membuat resit dan sebutharga dengan mudah dan pantas samada dicetak, hantar melalui e-mel atau SMS.
Pengurusan Stok
Mengawal stok produk anda dengan lebih mudah dan teratur.
Accounting Software
Ketahui keuntungan atau kerugian dengan lebih tepat
MASALAH KEBANYAKKAN NIAGAWAN
Adakah Anda Menghadapi Masalah Seperti Berikut?
- Duit perniagaan tak tahu ke mana?
- Tidak pasti berapa untung atau rugi perniagaan anda?
- Akaun perniagaan serabut perut?
- Stok produk anda sering hilang tanpa dikesan?
- Stok produk terlalu banyak jenis untuk diuruskan?
- Staff anda tidak jujur? Banyak kebocoran duit?
- Buntu pengiraan pembayaran cukai?
- Tak pasti kiraan zakat tahunan?
- Tidak mampu bayar akauntan untuk menguruskan akaun secara harian dan bulanan?
- Tidak mampu membayar sistem akaun berharga ribuan Ringgit?


Kelebihan usahaone @ sifuapps.biz
Keistimewaan Sistem Akaun Kami!!
01.
Akses Secara Online
Anda boleh akses di mana sahaja tidak kira menggunakan pc, mobile atau table.
02.
Perniagaan Lebih Teratur
Tidak perlu menunggu laporan kewangan perniagaan anda. Dengan sistem ini anda boleh melihat laporan kewangan secara ‘real-time’ pada bila-bila masa saja.
03.
Lebih Teratur Dan Effisien
Segala pengurusan tidak lagi secara manual dan ini akan memudahkan pekerja anda serta menjimatkan masa
04.
Perkhidmatan Pelanggan Yang Cekap
Selepas anda mendaftar, anda boleh rujuk tutorial video yang kami sediakan. Anda boleh merujuk kepada team kami jika ada sebarang pertanyaan atau masalah. Kami juga menyediakan latihan 1-1 jika anda ambil pakej tertentu.
Fungsi-Fungsi
Pengurusan Perniagaan
Uruskan lebih dari 1 jenis perniagaan, cawangan, setor. Tetapkan margin keuntungan, cukai dan pelbagai lagi.
Pengurusan Produk
Pengurusan stok, harga, diskaun, brand, kategori, unit, cukai, grup cukai, tarikh luput produk, SKU, IMEI/Serial No, cetak barcode dan label, kategori harga jualan, import produk CSV dan pelbagai lagi.
Pelanggan & Pembekal
Pengurusan senarai pelanggan dan pembekal. Tetapkan jenis pembayaran dan peringatan baki bayaran.Melihat rekod pembayaran dan transaksi pembelian.
Kakitangan, Wakil Jualan, Cashier
Pengurusan akses yang dibenarkan pada bahagian tertentu kepada setiap pekerja. Tetapan komisen pada ejen dan pekerja.
Laporan
Laporan yang canggih dengan tapisan & charts. Laporan untung dan rugi, laporan pembelian dan jualan, laporan stok, laporan produk yang trending, laporan cukai, laporan perbelanjaan, laporan pembekal dan pelanggan, laporan cash registers, laporan wakil jualan dan lain-lain lagi.
Lain-lain
Notifikasi melalui e-mel dan SMS. Dashboard yang menarik untuk detail bagi setiap cawangan siap dengan chart. Pengurusan perbelanjaan. Support barcode scanner dan thermal printer (ESC/POS)
Fungsi Tambahan Yang Lain
Pesanan Meja
Uruskan pesanan pelanggan mengikut meja masing-masing. Sesuai untuk restoran, Saloon/Spa dan perniagaan lain yang hampir serupa.
Pekerja Servis
Setiap pembelian atau tempahan dari pelanggan anda boleh tugaskan terus kepada pekerja servis anda. Contohnya waiter, tukang gunting rambut, tukang masak, mekanik, designer dan lain-lain yang hampir serupa.
Skrin Servis
Pekerja servis anda boleh melihat skrin bagi senarai tugas-tugas yang harus dilaksanakan. Setiap tugasan yang telah selesai disiapkan mereka boleh tandakan sebagai selesai dan terus melakukan tugasan yang seterusnya yang harus dibuat. Contoh skrin ini sesuai diletakkan di dapur restoran, bengkel atau lain-lain yang bersesuaian.
Temujanji dan Tempahan
Anda boleh mengatur temujanji dan tempahan pelanggan. Tempahan ini boleh diaturkan pada meja dan pekerja servis ada. Contoh yang sesuai pada tempahan meja restoran, bilik hotel, sewaan kereta dan lain-lain yang hampir serupa.
Reward Points Program
Tetapkan Mata Ganjaran
- Anda boleh hidukan atau matikan fungi mata ganjaran
- Tetapkan mata ganjaran mengikut jumlah perbelanjaan
Tebus Mata Ganjaran
- Tetapkan jumlah minimum tebus mata ganjaran
- Tetapkan had tempoh tamat luput mata ganjaran

POS System (Point of Sale) Pada Kaunter Perniagaan Anda

Anda boleh menggunakan cash register, barcode scanner, print label barcode dan thermal printer pada kaunter perniagaan anda jika mahu. Kami juga menjual pakej bersama alat-alat ini jika anda belum mempunyai alat-alat tersebut. Alat-alat ini sesuai bagi peniaga yang mempunyai kedai, kiosk, gerai dan mempunyai banyak jenis produk dan harga-harga berlainan.
Contoh perniagaan yang sesuai:
- Kedai runcit
- Supermarket
- Kedai vape
- Kedai phone/gadget/aksesori
- Kedai produk kecantikan/jamu
- Lain-lain lagi perniagaan yang sesuai
Alat-alat ini adalah bukan kewajiban. Anda masih boleh menguruskan akaun perniagaan anda tanpa alat-alat ini.
Customer Relationship Manager (CRM)
Pelanggan
Anda boleh menyimpan database pelanggan atau bakal pelanggan anda.
Leads
Anda boleh kesan bakal pelanggan anda yang berpotensi untuk membeli produk anda. Anda boleh follow up mereka dari masa ke semasa
Sumber
Anda boleh merekod sumber dari mana pelanggan atau bakal pelanggan anda mengetahui tentang perniagaan anda. Dengan ini anda boleh mengetahui dari mana marketing anda yang paling berkesan.
Life Stages
Anda boleh mencipta life stages untuk leads anda. Dengan ini anda boleh follow up bakal pelanggan anda secara berperingkat.

Campaigns
Anda boleh menjalankan campaigns melalui SMS atau Email menggunakan database yang telah anda kumpulkan. Sesuai jika mempunyai sebarang promosi terbaru atau hebahan mengenai produk anda.
Hari Jadi
Anda boleh merekodkan tarikh lahir pelanggan atau bakal pelanggan anda. Anda boleh melihat senarai hari jadi terkini dan boleh menghantar Email & SMS kepada mereka untuk menghargai mereka atau memberi promosi sewaktu hari jadi mereka.
Jadual
Anda boleh membuat temujanji dengan pelanggan atau bakal pelanggan dengan menggunakan kalender yang telah disediakan.
Kelebihan
Dengan menggunakan sistem CRM anda boleh membina hubungan lebih dekat dengan pelanggan dan bakal pelanggan anda. Anda boleh remarketing kepada bakal pelanggan anda secara berulang-berulang sehingga mereka akhirnya membeli produk anda.

Human Resources Management
Fitur Pengurusan Sumber Manusia
Anda boleh menguruskan pekerja anda dengan mudah dengan feature yang terdalam dalam Sistem UsahaOne.
Gaji
Anda boleh mengira gaji berdasarkan kedatangan, membuat pembayaran allowance, pemotongan dan pembayaran gaji.
Pengurusan Cuti
Anda boleh tetapkan jenis cuti, tetapkan jumlah cuti, melihat baki cuti yang tinggal dan melihat status cuti samada diluluskan atau tidak.
Kedatangan
Pekerja anda boleh Clock-In & Clock-out. Pengiraan gaji juga boleh dikira berdasarkan jumlah jam kerja.
Cuti Umum
Anda boleh tetapkan cuti umum bagi semua cawangan dan cawangan tertentu saja. Anda juga boleh menghantar notifikasi berkenaan cuti umum kepada semua pekerja anda.
Senarai Tugas (To Do List)
Anda boleh masukkan senarai tugas-tugas yang perlu dibuat. Anda boleh tandakan sebagai sudah selesai bagi tugas-tugas yang dah selesai dibuat.
Simpanan Dokumen & Kongsi
Anda boleh menyimpan dokumen-dokumen pada server Sistem UsahaOne. Anda boleh juga kongsikan dokumen ini pada kakitangan yang lain untuk di download.
Memo
Anda boleh membuat memo dan kongsikan memo tersebut bersama kakitangan yang lain.
Peringatan
Anda boleh membuat peringatan dengan nama peristiwa, tarikh dan masa. Anda boleh tetapkan samada peringatan untuk sekali atau berulang seperti setiap hari, minggu atau bulanan. Anda boleh melihat semua peristiwa melihat kalender yang disediakan.
Mesej
Anda boleh menghantar mesej kepada semua kakitangan mengikut lokasi cawangan.
Fitur Pengurusan Projek

Pengurusan projek adalah sesuai bagi perniagaan yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan berdasarkan projek atau tempahan. Anda boleh menyusun tugasan-tugasan yang perlu dibuat mengikut proses kerja. Dengan ini projek/tempahan anda dapat disusun dengan teratur. Perniagaan yang sesuai menggunakan fitur ini adalah seperti kontraktor, perkhidmatan printing, khidmat pembersihan dan lain-lain yang sesuai.
Uruskan Projek
Menguruskan projek tanpa had, mengklasifikasikan projek ke dalam beberapa kategori yang berbeza, menetapkan status, menambah petunjuk, menetapkan beberapa ahli untuk mengerjakan projek tersebut, tarikh mula & akhir untuknya.Lihat semua projek dalam paparan senarai atau papan pemuka. Papan pemuka memberikan gambaran lengkap semua projek dalam satu pandangan.Setiap projek mempunyai gambaran keseluruhan terperinci, log aktiviti terperinci, tugas, log masa, dokumen & nota, dan invois.Projek boleh disaring berdasarkan status, kategori dan banyak lagi.
Aktiviti
A very detailed activity log which logs all actions performed by anyone in the project. This helps you know who changed what and when
Invois
Invois pelanggan untuk projek dengan menambahkan tugasan yang berbeza, kuantiti (Jam dibelanjakan atau unit lain), harga unit, & jumlah keseluruhan. Juga, pilihan untuk memberikan potongan harga.Pembayaran yang berkaitan dengan invois boleh ditambahkan dan menandakannya sebagai perlu / separa / dibayar.Faktur untuk projek ditunjukkan dalam laporan Untung Rugi untuk mendapatkan pengiraan kewangan anda dengan tepat.
Pengurusan Tugas
Tambahkan tugas tanpa had dalam projek. Tugas boleh mempunyai subjek, penyunting teks untuk keterangan, tarikh akhir, keutamaan, status & beberapa ahli yang ditugaskan kepadanya.Anda juga dapat melihat tugas dalam paparan pemuka untuk mendapatkan perincian semua tugas dalam satu pandangan.
Dokumen & Nota
Tambahkan semua dokumen & nota yang berkaitan dengan projek, supaya ahli projek lain dapat memeriksanya. Juga, tandakan sebagai peribadi untuk disembunyikan daripada ahli lain.
Tugasan Sendiri
Lihat semua tugas yang diberikan kepada anda dalam projek yang berlainan, tapis melalui statu, tarikh & keutamaan. Ini membantu pekerja untuk mengutamakan tugas dan mula bekerja dengan sewajarnya. Pentadbir dapat melihat tugas semua anggota di sini dan menyaring tugas oleh setiap pekerja dan semua yang lain.
Log Masa
Pekerja atau anggota yang ditugaskan dapat mencatat masa yang dihabiskan untuk setiap tugas dengan waktu mula & akhir. Ini dapat membantu mengetahui jumlah jam terperinci & jumlah perbelanjaan oleh anggota untuk tugas tersebut.
Tetapan
Tetapan hanya boleh diakses oleh ketua projek. Ciri-ciri untuk projek boleh diaktifkan / dilumpuhkan di sini & kebenaran yang berbeza boleh ditetapkan untuk ahli.
Laporan
Laporan Log Masa (Mengikut Projek / Pekerja): Dapatkan gambaran lengkap mengenai masa yang dihabiskan oleh pekerja dalam pelbagai perkara atau masa yang dihabiskan dalam projek tertentu oleh pekerja yang berbeza.

servis membaiki
Fitur Membaiki
Dalam Sistem UsahaOne terdapat juga fitur untuk membaiki jika perniagaan anda menyediakan perkhidmatan membaiki seperti kedai membaiki telefon/komputer, membaiki alat elektronik, bengkel dan lain-lain perkhidmatan membaiki.
- Pelanggan anda boleh melihat status barang mereka yang sedang dibaiki secara online dengan melayari www.usahaone.sifuapps.biz/repair-status. Mereka hanya perlu masukkan nombor invois atau nombor serial. Dengan itu pelanggan boleh ketahui samada barang mereka sudah siap dibaiki atau belum dan mendapat kemaskini jumlah harga yang dikenakan. Selepas ini tidak perlu lagi pelanggan anda perlu menelefon anda untuk ketahui status barang mereka yang sedang dibaiki.
- Status pembaikan yang boleh dikonfigurasikan dengan kod warna agar mudah dikenali
- Urus Peranti (seperti Mudah Alih, Komputer, Tablet, dll)
- Urus model Peranti
- Senarai semak yang boleh dikonfigurasikan untuk model peranti
- Tambahkan produk (alat ganti) & perkhidmatan mengikut model peranti.
- Berikan tugasan pembaikan kepada juruteknik
- Uruskan pembaikan dengan tarikh akhir, selesai, status, jenama, peranti, model peranti, nombor siri, senarai semak pembaikan, kerosakan.
Fitur Pengilangan / Pembuatan

Sistem UsahaOne mempunyai fitur pengilangan bagi perniagaan yang menghasilkan produk sendiri. Dengan ini pemilik bisnes boleh mengira kos pembuatan dan pengeluaran. Anda juga dapat mengawal stok bahan mentah/pembuatan. Fitur ini adalah sesuai bagi perniagaan seperti kedai makan, kafe, kilang produk, kilang minyak wangi dan lain-lain jenis perniagaan pembuatan.
Pembuatan adalah proses menukar bahan mentah kepada produk akhir yang dapat dijual kepada pelanggan.
Pembuatan mempunyai 2 langkah utama:
- Resipi : Resipi menentukan bahan mentah atau ramuan dalam perkadaran yang tepat yang harus digunakan untuk pembuatan produk akhir. Untuk pembuatan arahan standard produk diikuti di mana bahan atau bahan mentah diproses dalam jumlah yang tepat untuk mempunyai produk akhir yang berkualiti.
2. Pengeluaran : Berdasarkan resipi yang ditambahkan untuk produk, dalam pengeluaran menunjukkan jumlah kuantiti semua bahan mentah yang diperlukan untuk kuantiti pembuatan produk.
Terdapat beberapa langkah selanjutnya seperti pengiraan kos, pengiraan pembaziran, memperuntukkan nombor lot & tarikh luput untuk produk yang dikeluarkan.
Pengiraan Kos
Kos produk akhir bergantung kepada kos bahan mentah, Kos pengeluaran (kos tenaga kerja, kos mesin, kos bahan bakar untuk mesin seperti Petrol / Gas / Elektrik) & Pembaziran. Selanjutnya harga penjualan akan mempunyai beberapa peratusan keuntungan yang ditambahkan pada kos pembuatan ini.
Pengiraan Pembaziran
Pembaziran boleh dibuat dari bahan mentah atau produk akhir. Pembaziran bahan mentah boleh jadi seperti jika kita mengambil bunga saja, ia perlu dibersihkan dengan membuang daun & batang, ini menuju ke pembaziran kerana dibuang dan tidak digunakan. Produk pembuatan kadang-kadang boleh disia-siakan oleh kebocoran atau kualiti buruk atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan.
Nombor Lot
Secara amnya, kebanyakan barang yang dihasilkan mempunyai nombor Lot yang memungkinkan pengesanan bahagian atau bahan penyusun serta rekod buruh dan peralatan yang terlibat dalam pembuatan produk. Ini membolehkan pengeluar dan entiti lain melakukan pemeriksaan kawalan kualiti dan mengeluarkan pembetulan atau mengingat semula maklumat kepada subset output pengeluarannya. Ini juga memberi pengguna pengenal yang dapat mereka gunakan dalam menghubungi pengilang dan meneliti pengeluaran barang yang diterima.
Tarikh Tamat Luput
Produk makanan, produk farmaseutikal, kosmetik, dan banyak produk pembuatan lain di mana usia produk boleh mempengaruhi penggunaannya yang selamat dan mempunyai tarikh luput yang akan ditetapkan. Dengan menetapkan tarikh luput anda boleh mengenal pasti produk-produk yang kurang selamat digunakan selepas tamat tarikh luput.
Fitur QR Menu / Digital Menu

Fitur Yang Terdapat Dalam Digital Menu & Katalog
- Hasilkan kod QR untuk mana-mana cawangan perniagaan.
- Muat turun kod QR sebagai gambar. Gunakan gambar kod QR ini di poster atau meja
- Pilih warna untuk kod QR mengikut warna jenama perniagaan
- Ketika mengimbas kod QR, ia menunjukkan menu, dikelompokkan mengikut kategori
- Menu dipaparkan dengan cara yang menarik, responsif & kelihatan cantik di telefon bimbit & tablet
- Menu menunjukkan gambar Produk, harga, SKU, keterangan, potongan & tawaran ditunjukkan dengan cara yang menarik
Dengan fitur ini peniaga dengan mudah berkongsi menu di dalam restoran/kedai atau memberi katalog produk kepada pelanggan tanpa bersentuhan.
- Pelanggan datang untuk membeli-belah & mengimbas kod QR
- Kod QR membawa mereka ke pautan di mana dia dapat melihat semua produk secara langsung di telefon bimbitnya
Kelebihan:
- Tidak ada hubungan fizikal dengan menu & produk.
- Tidak ada menu terdedah: Ini mengelakkan menu terdedah dengan virus Covid-19 apabila pelanggan saling berkongsi menu fizikal.
- Tidak perlu lagi menunggu pelayan untuk memberikan menu atau jurujual untuk menunjukkan katalog produk. Letakkan kod QR di setiap meja dan paparan di dinding
- Perkongsian tanpa had, berbanding dengan menu fizikal yang dapat dikongsi dengan pelanggan terhad bergantung jumlah menu fizikal yang ada.
- Maklumat Terperinci: Pelanggan melihat semua produk dengan harganya, jenama, gambar, semua variasi, kategori, keterangan, tawaran / diskaun khas, dan banyak lagi maklumat.
- Kemas kini menu anda dengan mudah dalam REALTIME
- Tidak perlu pelanggan memuat turun aplikasi
- Mudah digunakan
Integrasi Dengan Website E-Commerce

Kebanyakkan website e-commerce tidak integrasi dengan sistem POS & Akaun. Tetapi dengan menggunakan sistem UsahaOne anda boleh integrasi website e-commerce anda dengan Sistem UsahaOne jika website menggunakan WordPress dan menggunakan plugin WooCommerce. Segala produk dari segi stok, harga, descripsi, group product akan sync secara automatic dengan website anda. Setiap jualan di website juga akan dikemaskini pada sistem UsahaOne secara automatic. Tidak perlu lagi kemaskini jualan dan produk secara manual.
Jika anda belum mempunyai website dan bercadang memiliki website. Anda juga boleh hubungi pihak kami untuk membuatkan website untuk anda & integrasikan dengan Sistem UsahaOne. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dengan Support yang pantas, Server yang laju, Website yang laju, Security yang ketat, Theme yang moden dan terkini dan pelbagai plugin premium yang diberikan.
Siapakah Yang Sesuai Menggunakan Sistem Kami?
Peniaga Online / PARA NIAGAWAN
peniaga sepenuh / separuh masa
Kedai runcit / pasaraya
restoran / kedai makan
bengkel
Kedai printing
Kedai gunting rambut / saloon / spa
pembekal dan pemborong
pelbagai lagi jenis perniagaan

Pilih pakej anda
Harga Adalah Murah & Mampu Milik
Kami sangat memahami kebanyakkan peniaga tidak mempunyai sistem akaun salah satu faktornya tidak mampu membelinya tambah-tambah bagi peniaga baru. Justeru itu kami menawarkan pakej-pakej dengan harga yang sangat mampu milik.

RM 25.00
Sebulan
- 1 Cawangan Perniagaan
- 3 Pengguna
- 100 Produk
- 500 Invois
- Pembayaran RM300/Tahun
- Percubaan 7 Hari PERCUMA
- ✅. POS System
- ✅. Accounting
- ✅. Tables System
- ✅. Modifiers
- ✅. Service Staff
- ✅. Bookings
- ✅. Kitchen Display System
- ✅. Subscription
- ✅. Stock Adjustment
- ✅. Stock Transfer
- ✅. Expenses
- ❌. CRM
- ❌. Project Management
- ❌. HR Management
- ❌. Catalogue QR
- ❌. Repair
- ❌. Manufacturing
- ❌. WooCommerce

RM 50
Sebulan
- 3 Cawangan Perniagaan
- 10 Pengguna
- Tiada Had Produk
- Tiada Had Invois
- Pembayaran RM600/Tahun
- Percubaan 7 Hari PERCUMA
- ✅. POS System
- ✅. Accounting
- ✅. Tables System
- ✅. Modifiers
- ✅. Service Staff
- ✅. Bookings
- ✅. Kitchen Display System
- ✅. Subscription
- ✅. Stock Adjustment
- ✅. Stock Transfer
- ✅. Expenses
- ✅. CRM
- ✅. Project Management
- ✅. HR Management
- ✅. Catalogue QR
- ✅. Repair
- ✅. Manufacturing
- ✅. WooCommerce
Dapatkan 7 Hari Percuma Trial!
Sila isi borang di bawah:
FAQ
Soalan-soalan Lazim
Bolehkah Saya Lihat Demo
Anda boleh lihat demo dengan KLIK DI SINI dan masukkan username dan password seperti di bawah
Username: demo
Password: demo123
Adakah UsahaOne @ Sifuapps.biz Sesuai Dengan Perniagaan Saya?
Sistem akaun kami adalah sangat sesuai bagi kebanyakkan jenis perniagaan. Anda boleh cuba secara Percuma selama 7 hari bagi melihat sistem kami bersesuaian dengan perniagaan anda atau tidak.
Bolehkah Saya Cuba Sebelum Melanggan?
Ya. Anda boleh cuba percuma selama 7 hari sebelum ingin melanggan. Selepas itu anda perlu langgan bayaran tahunan.
Adakah UsahaOne @ SifuApps.Biz Senang Digunakan?
Sistem ini telah direka sangat mudah difahami dan digunakan walaupun tiada pengalaman dalam akauntan. Anda boleh rujuk tutorial kami dan dapat khidmat bantuan team support kami jika ada sebarang pertanyaan.
Adakah Sistem Ini Boleh Boleh Digunakan Dalam Bahasa Melayu?
Ya. Sistem ini disediakan dengan Bahasa Melayu dan English.
Adakah Data Saya Selamat?
Data anda disimpan dalam server cloud. Kami membuat backup setiap malam mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh jadi. Pekerja kami juga tidak boleh akses kepada data-data anda yang telah disimpan.
Adakah Mempunyai Kontrak Setelah Melanggan?
Kami tidak mengikat sebarang kontrak kepada pelanggan. Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa yang anda mahukan.
Apa Yang Jadi Sekiranya Saya Tidak Menyambung Atau Terlambat MembuatPembayaran Langganan
Jika anda terlambat membuat pembayaran atau langsung tidak membuat pembayaran sambungan langganan. Anda tidak boleh membuat sebarang rekod yang baru tetapi anda masih boleh melihat rekod-rekod yang telah dibuat sebelum ini. Selepas tempoh 6 bulan anda tidak membuat pembayaran. Akaun anda akan ditutup.
Bagaimana Saya Dibantu Dengan Support?
Anda boleh terus Call atau Whatsapp ke technical support kami untuk respon yang pantas untuk membantu masalah yang anda hadapi.
Adakah Disediakan Training 1-1
Ya kami menyediakan training 1-1 dengan caj tambahan RM100 bagi training melalui Zoom atau training di pejabat kami. Caj RM150 dikenakan bagi training di tempat anda sendiri dan caj pengangkutan adalah RM2.50/KM dari pejabat kami ke tempat anda.
Setiap sesi training adalah 2 hingga 3 jam.
Boleh Saya Import & Export Data?
Anda boleh import & export data seperti customer database, jualan dan produk-produk dalam bentuk CSV (Excel).
Jika anda ingin import data dari sistem yang sebelum ini anda gunakan. Anda boleh import data-data tersebut seperti customer database dan produk-produk melalui template CSV (Excel) yang telah disediakan.
Bagaimana Saya Hendak Integrasi Dengan Website E-Commerce
Jika website anda menggunakan WordPress dan menggunakan plugin WooCommerce anda boleh rujuk tutorial kami untuk cara integrasikan atau dapatkan bantuan dari team support kami. Jika belum mempunyai website anda boleh dapatkan sebutharga dari kami untuk membuat website anda.